Followers

Wednesday, October 28, 2009

:: PlaY MorE LeArN MorE ::

:: Tajuk cam iklan milo lak erkk...ni ha mama nak tunjukkan pic2 kyra masa dia main masak2 petang semalam :: makin besar makin bijak anak mama ni ...Love u baby ... ::

:: ni dia gambar yg mama snap masa kyra tgh main masak2 petang semalam...tengok je la cara dia main tak tersusun, pandai kuarkan mainan dia dalam beg pas kuarkan ambik cawan ngan sudu buat gaya kacau air pastu minum..ntah mana kyra belajar mama pun tak tau...bijak...bijak... ::

:: Langsung tak bagi mama kacau dia...bagusla dapat mama masak kat dapur..kalau tak asyik nak berkepit ngan mama je..yg papa syok berdengkur kat sofa..ada menan masak2 ni kyra leka main sorang sambil mulut dia mengomel cakap ntah apa2 langsung mama tak paham..yg mama faham "main, Air" tu je..hehehe :: yg pelik dah siap main kyra pandai lak simpan balik menan tu dalam beg dia, then letak balik beg tu kat bilik dia...agaknya kyra selalu tgk mama kemas menan dia kot sebab tu dia ikut apa yg mama buat...gud gurl...::



Tuesday, October 27, 2009

:: WeekenD ::

:SabTu :

..............



- weekend ni mama n papa sepakat nak dok umah je malas nak kuar..sen pun kurang maklum la hujung bulan...so papa ambik kesempatan kemas dan bersihkan umah apa lagi kyra pun sibuk la nak menolong papa dia siap tolong susun kasut dia..mama nak tolong dia marah..petang baru kitaorg balik batu caves umah atok kayra...tengok je la gambar yg mama snap tuk tontonan ahli2 blogger kat sini -



:: AhaD ::

...............




- Ahad lak kitaorg pi Econsave kat belakong nak beli barang dapur..dapur dah lama tak berasap..tu yg selalu papa cakap hehehe..bukan malas nak masak penat beb pagi keje petang balik umah nak masak..letih..tengok kyra sibuk papa nak pilih barang dapur dia pun sibuk memilih gak...-



:: Petang AhaD ::

.............................


- Petang lak kitaorg pegi umah kawan papa kat Bukit Mahkota Kajang..ada open house, kyra dah sampai sana buat cam umah dia sendiri la..bila org pompuan nak dukung dia mula la dia tak nak
menjerit suruh lepaskan...tapi kalau org bujang yg dukung amboi bukan main suka..org taknak dukung pun dia suruh dukung..pastu balik kitaorg singgah kat nilai 3, mama nak cari kain nak buat baju..yelah cousin papa weeding next month..tema warna kelabu ..jenuh gak cari tak tau nak pilih yg mana satu dan semestinye cari yg murah...buget ujung buulan hehehe..last2 pilih akhirnya dapat..-



Monday, October 19, 2009

:: Open House 2009 ::

Ni la dia pic masa open house sabtu lepas..mama tak banyak snap gambar thn ni..biasa la bz...bz makan hehehehe..kyra la paling seronok jumpa ramai kawan..sampai berebut2 nak naik basikal dgn abang adiff, tengok je la pic diaorg kat atas tu....budak2 biasa la time ramai kawan la dia nak main mainan dia kalau sorang2 tak pandang pun basikal tu...
banyak gak menu masa open house hari tu..lupa lak nak bagi tau open haouse th i mama buat kat rumah MIL a.k.a opah kyra senang sikit buat kat satu rumah takyah buat 2,3 kali kan...bukan tak nak buat kat umah kitaorg..senang buat sekali..hehehe

papa bz gak petang tu...tukar bakar ayam n kambing BBQ, dan kyra pun bz gak cam papa satu hari dia bebas main sana sini...sampai kasut pun tak pakai...isk kyra ni memang notty...Apa2 pun thanks pada member2 mama n papa yg sudi datang ke open house kami ye...

Thursday, October 15, 2009

CUTEST BABY IN WALKER

mama join contest lagi hehehe...

Bermula 6 Oktober hingga 31 Oktober 2009
Kepada kengkawan blogger yang sudi nak join..ape tunggu lagi…jom join same..
3 pemenang akan dipilih mengikut gambar yang menarik dan pendapat kreatif.
Hadiah menarik dan istimewa akan diterima oleh pemenang
Syarat Penyertaan•
Jadi Follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda•
Umur si comel mestilah tidak lebih 2 tahun•
Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini•
Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel yang berada di dalam walker•
Ceritakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk)•
Sila nyatakan nama si comel dan umurnya•
Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
nak tau tentang contest ni klik kat sii ye..
................................................................................
ni dia gambar kyra dalam baby walker....
sebenarnya pic ni masa kyra lum tau jalan lagi..skang dah pandai berlari....

Kyra Adriana
1 Thn 5 Bulan
.......................................................

:: Pendapat saya pada walker ni...sebenarnya kyra jarang dok dalam walker ye lah kalau kyra dah dok dalam ni dia memang tak tau diam..takut bahaya tu yg jarang letak dia dalam ni.

:: Baiknye pulak dok dalam walker ni ye lah senang la kita nak buat keje, kalau biarkan kyra sorang kat atas tilam dia asyik nangis suruh dukung kalau dok dalam walker dia leh tengok kita buat keje..





Monday, October 12, 2009

:: JeMputan Ke Open House ::

Kepada ahli2 blogger semua, mana yg mama kenal ataupun tak sengaja kenal..jemput datang ke open house kami pada :-



Hari : Sabtu, 17/10/2009

Tempat : 123, Jalan Samudera selatan 8

Taman Samudera

68000 Batu caves, Selangor

Jam : 3Ptg-6Ptg


** Kedatangan Anda di alu-alukan **


................................................................

Friday, October 9, 2009

:: Mama Tisya Duit Raya Giveaway ::

STICKY MODE
(normal entry sila scroll ke bwh ye)
gambar dia atas hanyalah hiasan semata-mata..dan nilainya akan diketahui oleh pemenangnya tak lama lagi.
..........................................................................................

Ada giveaway lagi..ye lah bahang syawalkan masih terasa lagi so mama tisya buat giveaway ni specialy tuk kawan2 blogger dia..hehehe termasuklah diriku ini....memang tak nak lepaskan peluang menjoinnya...
bermula 6 oktober hingga 14 oktober 2009
tepat pukul 5.00 ptg
...................................................................
syarat-syarat sgt senang & mudah :

- Terbuka kepada smua blogger
- Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009
MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)
- Add banner di atas di sidebar blog anda
- Pastikan ada link
MamaTisya (no link back will be disqualified)
- Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG
- Sila tinggalkn nama & email anda di link mama tisya
- hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak
- Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin
- Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti
................................................................
nak tau dgn lebih lanjut tentang giveaway yg menusuk jiwa ni leh la klik disini ye..
**Selamat menjoin**

:: Thai Thai@Sunway PyramiD ::

......................................................................
Cam biasa la kalau mood bos baik dia ajak mama join lunch..hari ni bos ajak kitaorg (staff friends mama) makan kat restoren thai2 kat sunway pyramid..kawan2 mama tak suka bergambar so tu yg mama amik pic makanan jer..yg ada pic mama tu pun satu gelap pulak tu...sambil jalan cuci mata mama ternampak budak2 main roller blade yg kat atas ice tu...ntah bila mama dapat main huhuhu....
Thanks pada bos mama sbb sudi belanje kat thai2...makanannye fuhhh memang sedap..lagi2 tom yam..udang dia besar2, selain tom yam ada chicken pandan tu pun sedap...semua yg bos order memang sedap la...TQ bos lain kali bawa kitaorg lagi ye...hehehe

Monday, October 5, 2009

:: Happy 17 Months Kyra ::

.....................................................................................
Hari ni genap 17 bulan kyra lahir di muka bumi malaysia ni...fuhh ayat mama...
dah besar anak mama ni..dah banyak perkara kyra tahu.

skang kalau kitaorg pi shopping compleks, kalau kyra nak satu benda tu jika mama n papa tak nak beli dia akan menjerit cakap " NaKKK" kat situ gak..bising tul anak mama ni..

Tapi mama kompius, ye lah kita biasa kan diri kita ni mama dari kyra lahir lagi tapi tup2 kyra panggil mama ni mummy la pulak...puas mama ajar cakap mama, tapi dia still panggil mama ni mummy..what ever la kyra janji kyra suka dah ler...yg mana kyra cakap pun mama tak kisah...

Semoga kyra membesar dengan sihat dan satu harapan mama semoga kyra jadi anak yg berjaya di masa hadapan...


Saturday, October 3, 2009

:: Baby In Gown ConTesT ::

- Ada contest lagi yg melibatkan anak...mama memang suka join contest so apa lagi jom kita layan contest ni " Baby In Gown "

Seperti biasa ada syarat2 yg kena di patuhi...
1. Contest ini terbuka kpd semua bloggers..Bermula pada hari ini 1 October - 28 October 2009..( Sempena mama alieya besday)
2. Diwajibkan menjadi FOLLOWER blog mamaalieya..and ADD link blog mamaalieya dalam bloglist anda.
.3. Diwajibkan untuk letakkan banner di side bar blog anda.. Banner tersebut mestilah di link dengan link ini
4. Sila upload sekeping sahaja gambar anak anda & buat entry tentang contest ini pada blog anda. Pada gambar tersebut, nyatakan nama baby & tarikh lahir baby..
5. CONTEST nie terbuka untuk baby girl shaja, gambar tersebut mestilah gambar baby yang berpakaian baju GOWN.
Baby korang mesti berumur 1 Bulan hingga 2 tahun ja..
.....................................................................................................
Dan jeng..jeng...jeng ni ganbar yg mama Tempekkan tuk Contest ni..


Nama Si Pemakai Gown : Kyra Adriana Bt Mohamad Hasrulnizan
D.O.B : 05.05.2008
Umur : 1 Thn 5 Bulan
....................................................................
** Hadiah Menarik Menanti Anda **
Nak Tau Tentang Contest ni sila Klik Di Sini Ye
*** Selamat Menjoin Contest ***
n We Wish Happy Birthday To mama Alieya

Friday, October 2, 2009