Followers

Showing posts with label Berita Dunia. Show all posts
Showing posts with label Berita Dunia. Show all posts

Friday, July 18, 2014

♡ al fatiha untuk mh17 ♡


20 ramadhan
di kejutkan dgn berita mh17 di tembak di ruang udara
280 termasuk 15 anak kapal x dpt di selamatkan
Allahuakbar selepas 120 hari kejadian mh370 kita di kejutkan dgn berita yg ini pula
satu lagi tragedi hitam yg terpaksa malaysia lalui
moga semua mangsa di temui
al fatiha utk yg beragama islam
r.i.p for non muslim
tertanya2 why shot???
Semua dah tertulis
mereka tidak bersalah tp mereka terpilih untuk pergi dgn cara begitu
kita x tau cara kita pergi bagaimana pula ..
surely we belong to Allah and to him shall we return


----------
x sanggup utk share pic tempat kejadian

Thursday, April 17, 2014

✿ Pray For Sounth Korea ✿

bila nampak ni teringat kes mh370
tp yg dia terang2 nampak ..
yg mh370 still x jumpa apa2 ...
apa2 pun teruskan berdoa...
pray for mh370
pray for sounth korea


R.I.P pada mangsa2 ...

Tuesday, March 11, 2014

✿ Dimanakah Mh370 ... Pray For Mh370 ✿

Ya Allah sekiranya mh370 dilaut timbulkanlah, 
sekiranya di langit turunkahlah 
Dan sekiranya di darat tunjukkanlah...
Amin ..




Di manakah mh370
banyak spekulasi keluar tapi selagi tak di temui selagi tu menunggu dengan penuh harapan
walaupun tiada ahli keluarga atau sahabat handai terlibat sebagai manusia kami turut bersedih dan berharap mh370 di temui .. ada anak yg menunggu bapanya, anak isteri menunggu suaminya, anak ibu bapa yg menunggu anak dan menantunya dan ada majikkan yg menunggu staff2nya ..
terus menunggu dan terus berdoa agar semua berjalan dgn lancar agar segalanya di permudahkan.
amin ya robal allamin ...



Friday, October 21, 2011

:: Kes Pembuangan dan Pembunuhan Bayi :: Bila akan Berakhir... ::



Setiap hari ada je kes dalam berita dalam paper tentang pembuangan bayi dan pembubuhan bayi..


Isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan.


di mana silapnya...kenapa harus terjadi benda2 cam ni..

memang naik geram bila melibatkan pembunuhan bayi yg tak berdosa ini..

sebelum buat tak fikir dulu..tu la sedap 5 minit tapi nak menaggung seumur hidup!!


Persoalan yg selalu berlegar kat kepala mama ni...


- agaknya yg bersalin ni tak sakit ke..kenapa senang sangat nak bersalin takyah gi hospital,takyah dapatkan rawatan kat hospital..cam mana diaorg tarik uri..kan bahaya semua tu

alang kita ni nk bersalin kelam kabut pegi hospital..dah dok kat wad kena tunggu 2,3 hari nak biar jalan bukak 10cm..cam mama 2hari 4cm je last2 kena cser..


pucuk panggal remaja itu sendiri...

semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak tersilap langkah tanggung la akibatnya...


sebagai ibu bapa kita pun harus mainkan peranan dalam hal ni..kena ambik tau hal anak2 Ya Allah jauhkan lah benda2 dari anak2 kami...


Bila semua ni akan berakhir..tiada lagi dengar kes pembuangan dan pembubuhan bayi lagi..


Renung-renungkan lah....

_____________________________


Firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179:
Maksudnya:

"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".


_______________________


Wahai bidadari Allah Bersemadi la engkau di sana..sesungguhnya syurga tempatmu...

Wednesday, October 19, 2011

:: Pembetulan..Yue Yue Belum Meninggal :: Dah Makin Stabil ::

Semalam mama ada tulis N3 pasal budak perempuan yg kena langgar kat cina di mana sorang pun yg tgk xnak tolong...ada sumber dari internet semalam mengatakan yue yue dah meninggal dunia..tapi bila mama tgk berita TV3 mengatakan sebaliknya..

yue yue masih hidup dan makin stabil sekarang ni...harapan dan doa ibunya utk melihat yue yue terus hidup...


__________________________


Mama dapat sumber ni dar FB

ini rupanya jawapan dimana org2 yg hanya melihat tanpa ada rasa simpati utk menolong yue yue..


mama copy n paste..


Sekarang nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong..nak tolong pon boleh tapi kena la tanggung risiko..

Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...

Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh...Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya...Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama.Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..


___________________________


Ya Allah Teruknya Undang2 kat negara mereka...

bersyukur sangat2 dapat hidup di malaysia ni ....


Yang salah di hukum !!!..

cam kes kelar bby semalam..dasyat sungguh sampai terburai isi perut bby yg tak bersalah tu..bila duduk sorang2 mmg terbayangkan citer pasal bby tu...kenapa kejam sangat...


wahai anak yang tak bersalah dan tak berdosa

semoga rohmu tenang di sana....

Amin....

Tuesday, October 18, 2011

:: Hari Sedih Sedunia :: Manusia Makin Kejam !! ::





BERITA TV3:


Kisah tergamaknya seorang pelajar wanita tingkatan empat bertindak mengelar leher, perut dan belakang badan bayi perempuannya.


Bayi itu dipercayai dilahirkan kurang 24 jam lalu —


ditemui mati di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, pagi tadi.Kejadian disahkan Pemangku Ketua Polis Daerah Betong, Asisten Superintendan Hendry Nyuhai.


Mayat bayi malang itu katanya, ditemui bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan dengan kesan kelaran.Polis turut merampas sebilah pisau yang disorok dalam selimut di tempat kejadian.Pelajar berusia 16 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.Dia dihantar ke Hospital Umum Betong untuk rawatan.Ketika di hospital, pelajar terbabit mengaku melahirkan bayi itu dan bertindak sedemikian.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan





** Masa bercinta..sayang,ayang,anje,papa,mama la bagai..bila dah buat dan terlanjur semua panggilan tu xde makna...sedap 5 minit menanggung seumur hidup..Geram betul...Patutnya dua2 di hadapankan ke muka pengadilan jgn salahkan pelajar perempuan tu saja..harap mereka dapat hukuman yg setimpal dgn perbuatan mereka **




x dapat bayangkan cam mana keadaan bayi tu masa di kelar..sure meraung sakit...


sah2 la bayi tu masuk syurga..yg membunuh tu..hukuman dunia nak kena tanggung..hukuman di akhirat lagi berat utk mereka ...




"Renung-renungkanlah dan selamat beramal"


_________________________






di Cina lain pula kisahnya..


di mana budak 2 tahun di langgar oleh van dan lori..




Kejadian ni berlaku di Foshan China,13hb Oktober, di kawasan pasar, seorang budak perempuan berusia 2 tahun dilanggar oleh sebuah van ketika dia merayau rayau. Malangnya lagi, setelah budak itu dilanggar, tidak ada siapa pun yang datang membantu biarpun ada orang yang lalu lalang di kawasan tu nampak budak tu terbaring di atas jalan.




Kejadian itu dirakamkan di cctv di kawasan itu dan dapat dilihat di video yang telah diupload di you tube. Seramai lebih kurang 18 orang yang lalu lalang selepas kejadian langgar tu, hanya orang yang ke 19 datang melihat apa yang berlaku pada budak perempuan.




berita terbaru budak perempuan yg di langgar telah meninggal...






(petikkan dari google -nak upload video sungguh x sampai hati.. )


___________________


Bila tgk video yue yue kena langgar dgn van tu mmg sebak..hati mana yg tk sebak bila tgk budak kena rempuh di gilis dan di biar menanggung kesakitan sorang2 kat situ yg tukang tengok hanya mampu melihat tanpa ada rasa simpati utk menolong...