- Contset datang lagi...kali ni contest di anjurkan oleh Mrs K a.k.a Ibu Hadif bersempena dgn usia perkhawinannya dgn suami tercinta.
Contest bermula 24 November 2009 dan sah sehingga 18 Desimber 2009
Mari kita selak apa syarat2 tuk join contest ibu hadif ni..
....................................................................
1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja.
2. Wajib menjadi follower Mrs. K dan add blog ini dalam bloglist anda.
3. Letak banner seperti di atas kat sidebar anda dan link ke giveaway ini.
4. Tiada had umur anak. Semua boleh join.
5. Sila upload sekeping gambar anak pertama/sulong anda berumur 1 hari. Sila nyatakan nama dan umur anak sekarang.
6. Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa. Nyatakan perasaan anda apabila pertama kali melihat anak dan apakah harapan anda terhadap anak. Entry yang berjaya menyentuh naluri keibuan para juri akan dipilih sebagai pemenang.
7. Tak perlu karangan yang panjang.. ayat pendek, simple but nice & sweet.
8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke blog Ibu Hadif. (no link back will be disqualified)
9. Dah siap semua, sila tinggalkan link entry anda di entry giveaway ini.10. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional yg dilantik sendiri.
................................................................................................
Ni dia Anugerah Terindah dari yg maha Esa untuk mama dan papa...
.jpg)
Nama : Kyra Adriana Bt Mohd Hasrulnizan
Umur Sekarang : 1 Tahun 7 Bulan
.................................................................
Kyra Adriana merupaka Anugerah yg paling terindah dari Yang maha Esa untuk mewarnai dan menceriakan hari-hari Mama dan Papa.
Akhirnya masa yg mama nantikan telah tiba menatap wajahmu yg manja, Saat kelahiranmu disambut penuh kesyukuran kau berikan kebahagian dalam hidup Mama dan Papa wahai Kyra...
Takkan Mama lupakan saat melahirkanmu wahai anakku..walaupun Mama terpaksa menahan sakit dekat 13jam mama rela mama rela menahan kesakitan untuk melihatmu lahir ke Dunia dgn selamat.Bila mama sedar sahaja ayat yg keluar dr mulut mama "mana anak saya Nurse?" sebab mama terpaksa melahirkanmu dgn cara pembedahan dan seluruh tubuh mama dibuis sebab itulah mama tak dapat tengok detik kelahiranmu sayang..Rupanya inilah perasan seorang IBU...
Harapan Mama dan Papa untuk Kyra Diiringi doa-doa kami semoga dirimu Sihat sentiasa Agar dikau boleh berjasa Hiaskanlah jiwa ragamu Dengan kemuliaan sayangku Setiap waktuku awasi dirimu Agar kau selamat di masa akan datang.Bila kau dewasa Jadilah insan yang berguna Hiaskanlah jiwa ragamu Dengan kemuliaan.
...............................................................................
fuhhh panjang berjela lak ayat mama ni erkk...pening para juri nak baca..hehehe
Jom sama2 join contest yg memang the boom ni... nak tau tentang contest ni klik kat sini k
Ibu Hadif’s Giveaway...
Hadiah yang pastinya menarik menanti anda!!
...........................................................
Di kesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan selamat ulangtahun perkawinan kepada Mrs k dan suaminya semoga ikatan perkhawinan yg kalina bina ini berkekalan sehingga ke akhir hayat...Amin...