BERITA TV3:
Kisah tergamaknya seorang pelajar wanita tingkatan empat bertindak mengelar leher, perut dan belakang badan bayi perempuannya.
Bayi itu dipercayai dilahirkan kurang 24 jam lalu —
ditemui mati di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, pagi tadi.Kejadian disahkan Pemangku Ketua Polis Daerah Betong, Asisten Superintendan Hendry Nyuhai.
Mayat bayi malang itu katanya, ditemui bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan dengan kesan kelaran.Polis turut merampas sebilah pisau yang disorok dalam selimut di tempat kejadian.Pelajar berusia 16 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.Dia dihantar ke Hospital Umum Betong untuk rawatan.Ketika di hospital, pelajar terbabit mengaku melahirkan bayi itu dan bertindak sedemikian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan
** Masa bercinta..sayang,ayang,anje,papa,mama la bagai..bila dah buat dan terlanjur semua panggilan tu xde makna...sedap 5 minit menanggung seumur hidup..Geram betul...Patutnya dua2 di hadapankan ke muka pengadilan jgn salahkan pelajar perempuan tu saja..harap mereka dapat hukuman yg setimpal dgn perbuatan mereka **
x dapat bayangkan cam mana keadaan bayi tu masa di kelar..sure meraung sakit...
sah2 la bayi tu masuk syurga..yg membunuh tu..hukuman dunia nak kena tanggung..hukuman di akhirat lagi berat utk mereka ...
"Renung-renungkanlah dan selamat beramal"
_________________________
di Cina lain pula kisahnya..
di mana budak 2 tahun di langgar oleh van dan lori..
Kejadian ni berlaku di Foshan China,13hb Oktober, di kawasan pasar, seorang budak perempuan berusia 2 tahun dilanggar oleh sebuah van ketika dia merayau rayau. Malangnya lagi, setelah budak itu dilanggar, tidak ada siapa pun yang datang membantu biarpun ada orang yang lalu lalang di kawasan tu nampak budak tu terbaring di atas jalan.
Kejadian itu dirakamkan di cctv di kawasan itu dan dapat dilihat di video yang telah diupload di you tube. Seramai lebih kurang 18 orang yang lalu lalang selepas kejadian langgar tu, hanya orang yang ke 19 datang melihat apa yang berlaku pada budak perempuan.
berita terbaru budak perempuan yg di langgar telah meninggal...
(petikkan dari google -nak upload video sungguh x sampai hati.. )
___________________
Bila tgk video yue yue kena langgar dgn van tu mmg sebak..hati mana yg tk sebak bila tgk budak kena rempuh di gilis dan di biar menanggung kesakitan sorang2 kat situ yg tukang tengok hanya mampu melihat tanpa ada rasa simpati utk menolong...